Selasa, 27 Mac 2012

Apakah kelebihan perak berbanding emas?

Cimb Pun jual Dirham kami
  • Dirham Naga 2012

    Dirham Biasa
    Disini saya ingin memperkenalkan tentang Pelaburan Perak atau silver. Kenapa Perak dan bukannya emas? Ini kerana sepanjang 10 tahun yang lalu  kenaikan harga PERAK adalah sebanyak 797.66 peratus berbanding EMAS sebanyak 492.36 peratus Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan harga emas. Kalau kita letak RM1000 dalam pelaburan emas pada akhir 2001 kita akan dapat balik lebih kurang RM4923.60 hari ni. Kalau letak kat perak, anda akan dapat RM7976.60.  Jauh lagi HEBAT!


    Pada bulan September 2011 ini , harga Tertinggi bagi Emas adalah USD1900.00 /oz dan ketika artilkel in ditulis harga emas dipasaran dunia jatuh sehingga USD1656.00 /oz , manakala harga tertinggi bagi Perak bagi bulan September 2011 adalah USD43.00 /oz dan ketika artikel ini ditulis harganya jatuh sehingga USD30.00 /oz seperti mana juga pelaburan yang lain seperti hartanah dll , keuntungan dicipta ketika membeli dan bukannya ketika menjual , oleh itu , jika seseorang membeli Emas ketika ini dengan harga USD1656 /oz dan harga emas kembali kepada harga USD1900 , maka beliau telah membuat keuntungan sebanyak 12.8 peratus , akan tetapi jika seseorang membeli Perak ketika ini dengan harga USD30.00 /oz dan harga Perak kembali ke USD43.00 /oz maka beliau telah membuat keuntungan sebanyak 30% , cuba anda bayangkan!!!
    Bukan itu sahaja harga perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas sekitar 40 hingga 50 kali lebih murah berbanding emas. Oleh sebab yang demikian perak dikatakan sebagai emas orang miskin atau "poor's man gold" ini kerana semua orang mampu membeli perak.
    Perak juga mempunyai banyak kegunaan terutama kegunaan dalam bidang industri, semua produk elektrik mempunyai perak didalamnya kerana perak adalah merupakan pengalir eletrik terbaik. Maka kegunaan perak tidak akan hilang begitu sahaja.
    Terlalu banyak perkara dan kebaikan yang boleh ditulis tentang perak ,artikel ini akan menjadi terlalu panjang dan anda mungkin akan bosan membacanya. Walauapapun, tahukah anda jenis Perak (Silver) yang sesuai untuk dibuat pelaburan? Bagaimana untuk membeli & menjualnya? Apakah maklumat & ilmu pengetahuan yang perlu anda tahu untuk menjadi pelabur Perak (Silver) yang berjaya?
  • Wlaupun dari tahun ke tahun harga perak meningkat dgn byknya, tapi harganya tetap murah berbanding emas. Jadi mari kita tgk kelebihan perak sebagai pelindung inflasi.
  • Pasaran utk perak adalah lebih kecil dan ianya tidak memerlukan byk wang utk melabur dlm perak utk meningkatkan harga pasaran perak. Perak dah pun membuktikan kelebihannya sebagai medium pelaburan yg menguntungkan atau lebih menguntungkan berbanding emas sejak beberapa tahun yg lepas. Kenaikan dari $3 per oz kepada $40 per oz mmg satu kenaikan yg memberangsangkan.
  • Perak adalah bahan yg begitu penting dalam perindustrian dan pembuatan dan ia digunakan dlm lebih dari 3000 industri seluruh dunia.
  • Perak belum pernah disita oleh kerajaan wlaupun emas pernah disita. 
  • Kerajaan tidak mempunyai bekalan perak yg mencukupi utk dilombong utk memenuhi permintaan dunia kerana perak mmg terlalu byk digunakan dlm industri.
  • Perak menjadi lebih rare berbanding emas kerana kuantiti perak didunia semakin berkurangan berbanding emas.

Sabtu, 18 Februari 2012

Perjalanan Manusia


Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke Dunia nyata...

Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah di Rahim Bonda
Sebelum menjejak ke Dunia
Menanti di Barzakh
Sebelum berangkat ke Masyar
Dipenghitung amalan penentu syurga atau sebaliknya...

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talkin bernada syahdu
Tenang dan damai dipusara ku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah
Penantian ku...

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kehidupan disini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian...

Kembalilah roh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih
Yang membaluti tubuhku
Terkujur dan kaku jasad didalam keranda kayu...

Ajal yang datang dimuka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari
Nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk
Ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan
Gelap pekat dipandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Dialam barzakh jasad dikebumikan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Dialam barzakh jasad dikebumikan...

Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke Dunia nyata...

Khamis, 16 Februari 2012

AKU SI PENGGEMAR ULAR...

Nie kat taiping beberapa tahun yg lalu.


Nie kat pejabat JPAM Manjung sabtu lepas...best...nie la aku nk ambk bela.

ular sawa,ular tedung sela,ular kapak,ular daun,ular air dan ular lidi.semua adalah sama iaitu ular.tentu ramai yg geli dan ngeri bila bertemu dgn ular...aku juga ngeri tapi ntah knp aku suka pd ular...mungkin ada keturunan aku kot penjinak ular...aku dr kecik minat ular...igt lagi masa pergi Melaka.org lain beli robot dan permainan lain, aku je ambk ular getah.sampai je rumah putus ekor putus kepala dapat kat akak aku.lps tu pergi cameron highland aku beli gak ular letak dlm beg skali sayur-sayuran...lupa plak nk bg tau kat mak aku ada beli ular getah dalam tu...mak aku buka je beg ambk sayur tetibe dicampaknya pula beg tu.baru la aku tau yg dlm tu ada ular getah. Ular yg aku minat nk bela ialah ular sawa(Python neticulatus).ular nie xde bisa tu yg aku sk tu.minat aku membuak-buak nk bela ular bila tgk kwn aku bela ular sawa albino(Python molurus bivittatus).mcm best jer hehehe.nie la beberapa gambar aku bersama dgn ular sawa...hehehe...Insya-Allah dlm wktu terdekat nie akn bela ank ular sawa yg tlh ditanggap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM).aku pun ahli JPAM juga jd ada pluang la kot hehehe...k la nnt aku cite kisah lain plakkk yer...adiooosssss





CARA2 BELA ULAR SAWA

tip mnjaga ular....
1)msti bagi mkn sekali seminggu or 1 kali dlm 2 minggu mngikut saiz ular....
jgn bgi mknn yg trlalu besar...
jgn bagi trlalu kerap....
2)cara mndikan ular:rendam dlm besen berisi air sampai la ular tu puas....
tnda ular tu dh puas mndi,die akan kuar sndiri dri dlm besen tu....
n jgn kcau time die mndi....
make sure mandikan ular hari2...
3)klau nk brmain ngan ular....
make sure pegang slow2...
buat tngn korg cam dahan pokok.....
jgn korg gengam kuat2....
4)klau korg bela ular sawa....
n ular tu brtindak ganas....
jgn panik,just lipat hujung ekor die n lpaskn belitan slow2....


apa yg mesti ade dlm aquarium ular....
air,kayu,batu2 kecik,pokok2 hidup n termometer(ular sensitif pada suhu).....

Selasa, 31 Januari 2012

Bersama ND LALA

Bersama Zaidi Omar
Dirham yang dilaburkan


Assalamualaikum wbt...ini adalah artis2 yang bersama-sama kami didalam syarikat World Dirham Berhad (WDB)...ND LALA seorang jutawan dan artis yang tidak asing lagi di negara kita dan seorang lagi artis ZAIDI OMAR atau Pak Dollah dalam ombak rindu...Gambar ini ditangkap ketika kursus bersama share partner dan juga ejen2 diseluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Indonesia,Thailand,Singapore,Hong Kong dan Negara2 lain yg terlibat...JIKA MEREKA PUN MELABUR MENGAPA TIDAK ANDA...Hubungi sy untuk penjelasan lanjut 017-5881472 @ 013-4795688

Ahad, 22 Januari 2012

Adakah Emas terlalu Mahal atau Perak terlalu Murah








Kedua-duanya menunjukkan sejarah harga emas dan silver
dari tempoh 30 hari.
Cuba tengok perbezaan antara peratusan kenaikan perak berbanding emas.
Kali terakhir yang saya tengok, perak naik lebih 2 kali ganda dari emas!
Graf-graf di atas meyakinkan saya:
yang harga emas & perak akan terus naik 5 hingga 10 tahun lagi.
Prestasi perak akan jauh mengatasi emas sepanjang bull market ini.
Akhir sekali, ia meyakinkan saya strategi pembelian perak dan emas yang paling efektif adalah STRATEGI BERMUSIM.
5 sebab Global untuk melabur dengan PERAK sekarang
-       Permintaan untuk melabur dengan perak dah naik 522% sejak 2007
-          Kerajaan2 dunia sedang mengumpul perak; angka penjualan rasmi dah jatuh menjunam ke 83% dalam jangka masa 3 tahun.
-          Bekalan perak ( telah dilombong ) dah jatuh 86% tahun lepas.
-          Permintaan industri untuk perak dah naik dekad lalu, walaupun harga naik 236%
-          Perak menunjukkan persembahan lebih baik berbanding emas semasa “BULL MARKETS” iaitu pasaran “NAIK”
(info dari WealthDaily.com)

Kami bukan sekadar menjual DIRHAM tetapi kami melaburkannya tanpa mengambilnya dari anda...berminat untuk mengetahui Pm atau mesej sy 017-5881472 @ 013-4795688

Isnin, 16 Januari 2012

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat BANGSAKU DIJAJAH, tidak ada yang  lebih menyedihkan dari membiarkan BANGSAKU DIHINA, Air mata tiada ertinya, sejarah silam tiada maknanya sekiranya BANGSA TERCINTA TERPINGGIR,DIPERSENDA DAN DILUPAKAN.
Bukan kecil langkah wira bangsa,para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa. Selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan. Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara. Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita. 
Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menutupnya lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan mengidakkan,mengangguk dan membenarkan kerana kemakmuran dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta dinegaranya sendiri.


















Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.  Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya. Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut,pengembara serta penakluk terkemuka. Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap menjadi pedagang dan perniaga selain menjadi ulamak dan ilmuan terbilang. 


Bukankan bangsaku pernah mengharungi samudera,menjajah dunia yang tidak dikenali. Bukankan mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak pernah mengenal erti takut dan kematian. Dimanakah silapnya hingga bangsaku merasa sungguh kecil dan rendah diri. 
Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mula melupakan kegemilangan silam dan sejarah silam membina empayar. Tugas kita belum selesai rupanya. Bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati. Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisi tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya. Hari ini jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

MALAYSIA ADALAH NEGARA KITA BERSAMA.DISINI KITA DILAHIRKAN.DISINI KITA DIBESARKAN.DISINI KITA MENCARI NAFKAH DAN DISINILAH AKAN KITA HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.BAIK NEGARA INI ADALAH KERANA KITA.BURUK NEGARA INI ADALAH KERANA KITA JUGA.KITA BOLEH PILIH.BIJAK-BIJAKLAH MEMILIH KERANA YANG DIPERTARUNGKAN IALAH HIDUP MATI KITA.....

Sabtu, 14 Januari 2012

AKU DI BOUSTED NAVAL SHIPYARD

KD TUAH
Assalamualaikum wbt...lama rasanya xupdate blog ak yg diibaratkan hidup segan mati tak mahu...aku bukan rajin la luahkan segalanya melalui penulisan...jika mood itu sampai aku akan menaip sehingga mood itu hilang...
start 5.12.2011 ak mula praktikal di dalam bousted lumut dibawah syarikat Swis Resources...keje aku pasang stearing gear iaitu komponen yang membolehkan kapal bergerak ke kanan atau kiri...aku buat kapal perang KD TUAH...tu la pertama kali aku naik kapal perang yang sedang dibaiki...sebelum nie aku keje cat kapal terbang...walaupun ada perbezaan tp ada juga persamaan dlm baiki membaiki nie...
KD LEKIR
KD TUAH,KD LEKIR,KD SELANGOR...3 kapal nie yang aku naik...KD SELANGOR dh siap memang terbaik la...sejuk siot kat situ aircond pun nyaman jer walaupun aku buat keje atas engine...
baru sebulan setengah keje kat situ basikal aku kena curi...tekanan aku nk keje dh la jauh...nyaris la doa aku dimakbulkan selasa petang dpt balaik...nyaris ak xbantai org tu klu x naya jer aku kena buang...
KD SELANGOR
hujung bln 3 nie je ak praktikal xsabo plak nk hbs bljar...otak aku dh semak nie...kat KD TUAH walaupun aku dgn member sorg nie praktikal tapi kami diberikan keje seperti seorang pekerja mekanikal tanpa ada pengawasan...kiranya kami nie mcm dh org lama la kononnyer...heheehe kadang2 lawak pun ada kat sana...mcm2 gelagat manusia yg aku jumpa...bukan jer dr Malaysia malah luar pun ada...tringat slogan 1Malaysia tapi kami kat sini guna slogan 1Dunia...k la taip pnjg2 pun bukan boleh lulus aku praktikal...jumpa lagi di coretan akan datang...