Jumaat, 22 April 2011

Zikir nama ALLAH untuk semua urusan Dunia Akhirat




AR-RAHMAN ( MAHA PEMURAH )
- Sesiapa menyebut nama ini ( YA-RAHMAN ) 100 kali selepas sembahyang fardu akan mempunyai daya  ingatan yang kuat,berfikiran tegas dan bersifat murah hati.

AR-RAHIM ( YANG MAHA PENGAMPUN )
- Sesiapa menyebut nama ini ( YA-RAHIM ) 100kali selepas sembahyang fardu (awal pagi) akan mendapati setiap orang begitu baik dan mesra dengannya. 

AL-MALIK ( MAHA MERAJAI )
- Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MALIK ) berulang kali akan dihormati dan disegani oleh orang lain.

AL-QUDDUS ( MAHA SUCI )
- Sesiapa menyebut nama ini ( YA-QUDDUS ) 100 kali setiap hari akan menghapuskan mereka daripada perasaan bimbang.

AS-SALAM ( MAHA PEMBERI KESEJAHTERAAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-SALAM ) berulang kali sehingga 160 kali kepada orang yang sakit, akan membantu menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

AL-MU'MIN ( MAHA PEMELIHARA KEIMANAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MU'MIN ) berulang kali ia akan dijauhkan daripada bahaya.

AL-MUHAIMIN ( MAHA PELINDUNG )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MUHAIMIN ) berulang kali dalam keadaan berwuduk, akan mendapat nur dalam rohaninya.

AL-AZIZ ( MAHA MULIA )
-Sesiapa menyebut nama ini  ( YA-AZIZ ) berulang kali sebanyak 40 kali selepas solat waktu fajar selama 40 hari, akan bebas daripada mengharap bantuan orang lain.

AL-KHALIQ ( MAHA PENCIPTA )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-KHALIQ ) berulang kali pada waktu malam,Allah akan menciptakan satu malaikat yang akan berbuat kebajikan untuknya sehingga hari pembalasan.

AL-GHAFFAR ( MAHA PENGAMPUN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-GHAFFAR ) berulang kali,akan diampunkan dosa yang telah dilakukan.

AR-RAZZAQ ( MAHA PEMBERI REZEKI )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-RAZZAQ ) berulang kali akan diberi rezeki oleh Allah.

AL-FATTAH ( MAHA PEMBUKA )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-FATTAH ) berulang kali akan terbuka hatinya dan akan dikurniakan kejayaan (kemenangan).

AL-ALIM ( MAHA MENGETAHUI )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-ALIM ) nescaya terang (bercahaya) hatinya,mendapat nur Ilahi.

AR-RAFI ( YANG MENINGGIKAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-RAFI ) 100 kali setiap malam pada siang dan malam. Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya.

AL-MUZILL ( MAHA MERENDAHKAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MUZILL ) 75 kali akan dijauhkan daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya dan berhasrat menzaliminya.Allah akan memeliharanya.

AL-HAKAM ( MAHA MENGHAKIMI )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-HAKAM ) berulang kali pada waktu malam, banyak rahsia akan terbuka untuk pengetahuannya.

AL-LATIF ( MAHA LEMBAH LEMBUT )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-LATIF ) 100 kali selepas sembahyang sunat 2 rakaat hajatnya akan dikabulkan.

AL-KHABIR ( MAHA MENGETAHUI )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-KHABIR ) berulang kali nescaya perangai buruknya akan dijauhkan darinya dengan segera.

AL-AZIM ( MAHA AGUNG )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-AZIM ) berulang kali akan sentiasa dihormati.

AL-GHAFUR ( MAHA PENGAMPUN )
- Sesiapa menyebut nama ini ( YA-GHAFUR ) berulang kali nescaya akan sembuh sakit kepala,demam dan dukacita yang dihadapinya.

AL-ALI ( MAHA TINGGI )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-ALI ) berulang kali keyakinannya akan teguh dan dibukakan jalan yang luas untuknya manakala bagi musafir, akan menemui jalan pulang.

AL-KABIR ( MAHA BESAR )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-KABIR ) 100 kali setiap hari akan memperoleh kemuliaan.

AL-HAFIZ ( MAHA MEMELIHARA )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-HAFIZ ) 16 kali setiap hari akan dilindinginya (pelihara) daripada malapetaka.

AL-MUJIB ( MAHA MENGKABULKAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MUJIB ) berulang kali nescaya permohonannya akan dikabulkan.

AL-WASI ( MAHA BIJAKSANA )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-WASI ) berulang kali Insya-Allah akan memperolehi pendapatan yang baik.

AL-HAKIM ( MAHA BIJAKSANA )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-HAKIM ) terus menerus ia tidak akan menghadapi kesukaran dalam pekerjaannya.

AL-MAJID (MAHA MULIA )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MAJID ) berulang kali akan mendapat kebahagiaan (kemuliaan).

AL-BAITH ( MAHA MEMBANGKITKAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-BAITH ) berulang kali akan sentiasa mempunyai perasaan takut terhadap Allah.

AL-HAQQ ( MAHA BENAR )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-HAQQ ) berulang kali akan menjumpai barangnya yang hilang.

AL-WALI ( MAHA PELINDUNG )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-WALI ) berulang kali Insya-Allah boleh menjadi wali Allah orang yang mendapat perlindungan allah.

AL-MU'ID ( MAHA MENGEMBALIKAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MU'ID ) sebanyak 70 kali untuk seseorang yang berjauhan daripada keluarganya, orang itu akan pulang dengan selamat.

AL-MUHYI ( MAHA MENGHIDUPKAN )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-MUHYI ) sebanyak 7 kali setiap hari, semua masalahnya akan dapat diatasi.

AL-HAYY ( MAHA HIDUP )
-Sesiapa menyebut nama ini ( YA-HAYY ) berulang kali akan dipanjangkan umornya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan