Selasa, 19 April 2011

aKu DaN hAiWaN...

  • Nie cerita aku dan haiwan yg aku syg.Aku memang dilahirkan minat membela haiwan.Kecuali beberapa haiwan spt bewak @ biawak.Bewak pernah makan ayam serama aku sb tu la ak xsuka bewak.
  • Masa kecik aku dah didedahkan dengan haiwan sb rmh aku dlu tepi hutan skrg xlagi sbb dh terang mcm padang.Blakang rmh aku ada pokok bakau.Waktu kecik2 aku ada bela pelbagai jenis AYAM.Ayam hutan,ayam kampung,ayam katik,ayam serama,ayam sabung dan ayam daging.Ayam warna warni pun ada tp masa kecik je la.Ble bsr jadi putih jer.Dulu aku jahat sk laga2 kan ayam hutan aku dengan ayam serama jiran aku.Nie sb terpengaruh dgn cerita pokeman dan digimon.Smpai lari lintang pukang ayam tu.Kecian-kecian.
  • Masa kecik gak aku ada bela belalang.belalang hantu,belalang kunyit dan beberapa ekor lagi.maklum la rmh tepi hutan mcm2 ada.
  • Bile dh besar skit aku mula merayau-rayau cari haiwan utk dibela.Ak bawak lastik sbagai senjata melawan musuh iaitu anjing2 jiran yg sk sgt kat aku.Pantang nmpak aku msti nk kejo smpai aku lari masuk rmh jiran.Masa tu burung2 la yang menjadi sasaran peliharaan aku.Mcm2 BURUNG ada aku bela.burung merbuk,burung tekukur,burung murai,malakerbau,merbah merpati,kelicap dan wak-wak.Aku mmg syg kat burung smpai jiran aku pnya burung pun ak lepaskan bg burung tu bebas tp burung aku tetap aku kurung.Ingat lagi burung malakerbau aku smpai mati kononnyer nk bg die boleh bercakap.Kwn aku cakap geserkan cincin pd lidah burung tu.Nnt boleh la die bcakap.Last2 mati burung tu.Kecian die.
  • Waktu petang aku akan ke Ujung Tanjung cr KETAM nak bela.Dapat la beberapa ekor.Aku xtau ketam tu makan pe.Tiga empat hari aku tengok semua ketam diam.Tido gamaknyer tu, rupa2nyer dh arwah patut la lame benor tidornyer.
  • Aku ubah plak tabiat bela IKAN.Ikan laga menjadi mangsa aku kali nie.Aku beli beberapa ekor.Cantik2 kembang ekor2.Aku bela dalam bekas yg selalu org bt jual tauhu panas.Aku xbuat laga ikan nie kecian sb die cantik.Lame2 warna ikan tu pudar.Kwn aku cakap bela kat tanah br warna die cantik balik.Aku pun g la hutan tepi rumah aku berhampiran pokok pisang.Tanam bekas kat situ dan letak ikan tu sampai seminggu.Warna die tetap pudar.Aku pun putus asa letak balik dalam rumah tp bela kat tmpat rendah la.Bangun pagi je smua ikan aku hilang.Penutup aku lupa letak.Jmpa beberapa ekor.Bela kejap terus kena bantai dgn kucing2 mak aku.Pupus semua ikan2 aku.
  • Lame skit sepupu aku bg anak TUPAI yg br jatuh dr pokok.Aku bela smpai 3 hari je kot.Maklum la masa kecik xmampu bg susu kat anak tupai tu.Sedih aku tengok anak tupai tu mati.
  • Tengah sedih aku pun jalan2 la naik beskal @ basikal aku smbil lastik tetap ditangan.Aku terpegi rumah member aku.Die ada bela arnab.Geram plak aku jadi aku pun beli la sekor.Warna kelabu2 hitam.Sampai kat rumah mak ayah aku marah.pot...pek...pot...pek sb aku beli ARNAB.Last2 mak @ ayah aku bg duit suh beli lagi sekor.Kcian la dok sorg-sorg arnab tu kat situ.Aku pun bli la lg sekor warna putih. Esk aku tengok kandang arnab dah terbuka.Jumpe sekor jer warna putih yang sekor tu ntah kmana hala ntah lee.Sedih aku sbb comel arnab tu.Mak @ ayah bg duit lg suh beli lain.hehehe aku pun lupa sgala masalah yg terjadi...
  • Dulu aku ada bela gak KURA2 kampung smpai 3 ekor.Masa ayah aku perbesarkan kandang ayam aku pun lepaskan arnab,kura2, burung2,ayam2 kat dlm tu.Last2 pukat keliling reban tu koyak arnab gigit.Apa lagi kena marah la aku.pot...pet...pot...pet.Masa tu aku dengar ada cina nk cari kura2 utk dimakan.Xnk kura2 aku jadi mangsa aku pun bebaskan die kat blkg rmh aku.
  • Aku juga prnah bela BELANGKAS.Jumpa kat laut smasa ikot ayah aku menjala udang.Nk bela ular laut ayah aku xbagi.Bela pun xlama lps tu ayah aku bebaskan belangkas tu ke laut.
  • Mcm2 gak la lagi aku bela.IKAN keli,ikan haruan,talapia.puyu pun ada.Tolong paklong aku bela pun ada.Bela LEMBU,KAMBING,dan ayam belanda.Aku panggil ayam kluk kluk.
  • Skrg ada beberapa ekor haiwan jer kat rumah aku.Dlm 7-8 ekor KUCING mak dan adik aku pnya, 10-20 ayam mak dan ayah dan adik aku pnya serta 28 ekor arnab aku pnya dan kak dan suami die.
  • xlama lagi aku nk bela ULAR SAWA dgn SUGAR GLIDER plak.Mcm best jer.Aku prnh diajar tngkap ular sb aku ahli JPAM Manjung jd xpe kot aku nk bela ular.Yg xde bisa xrisau sgt bila nk manje2 btol x.Ak xbleh tgk haiwan kn pukul.Slalu ular dtg je rmh ak msti ayah aku nk bunuh.Klu aku bio je ular tu masuk hutan blk.Mungkin aku dan haiwan xdapat dipisahkan kot...heheheeh seperti Irama dan Lagu...cewaaahhhh...(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan