Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat BANGSAKU DIJAJAH, tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan BANGSAKU DIHINA, Air mata tiada ertinya, sejarah silam tiada maknanya sekiranya BANGSA TERCINTA TERPINGGIR,DIPERSENDA DAN DILUPAKAN.
Bukan kecil langkah wira bangsa,para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa. Selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan. Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara. Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menutupnya lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan mengidakkan,mengangguk dan membenarkan kerana kemakmuran dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta dinegaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara. Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya. Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut,pengembara serta penakluk terkemuka. Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap menjadi pedagang dan perniaga selain menjadi ulamak dan ilmuan terbilang.
Bukankan bangsaku pernah mengharungi samudera,menjajah dunia yang tidak dikenali. Bukankan mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak pernah mengenal erti takut dan kematian. Dimanakah silapnya hingga bangsaku merasa sungguh kecil dan rendah diri.
Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mula melupakan kegemilangan silam dan sejarah silam membina empayar. Tugas kita belum selesai rupanya. Bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati. Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisi tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya. Hari ini jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
MALAYSIA ADALAH NEGARA KITA BERSAMA.DISINI KITA DILAHIRKAN.DISINI KITA DIBESARKAN.DISINI KITA MENCARI NAFKAH DAN DISINILAH AKAN KITA HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.BAIK NEGARA INI ADALAH KERANA KITA.BURUK NEGARA INI ADALAH KERANA KITA JUGA.KITA BOLEH PILIH.BIJAK-BIJAKLAH MEMILIH KERANA YANG DIPERTARUNGKAN IALAH HIDUP MATI KITA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan