Khamis, 21 April 2011

AKU KAMU DAN PERSAUDARAAN ANTARA KITA...

YANG MUDA DISAYANGI
Kenapa nilai2 murni semakin pupus dikalangan bangsa kita (Melayu Islam). Adakah terlalu bnyknya budaya barat hinggakan hilang budaya ketimuran di dalam diri anak2 muda masa kini. Adakah perbezaan parti antara kita menjadi punca semua ini berlaku. Adakah salah anak2 yang tak dengar kata atau salah ibu bapa yang xpandai mendidik atau salah guru2. Ini bukan masa nak cr salah sesiapa ini masa nk membetulkan ape yg xkena.
Dulu masa aku bebudak smua anak2 muda menghormati yg tua.Ble bertemu msti angkat tangan tanda hormat tp anak muda zaman skrg, angkat tangan tidak senyum pun tidak, buat nohee jerr dgn muka toya.mungkin xkenal gamaknyer tp klu dh duduk berjiran xkan xknl gak kot.Aku xkata la aku ni baik kadang2 ade gak angkat tangan kadang2 terlepas pandang gak.slalunyer aku senyum je walaupun kwn2 ak ckp mcm kerang busuk.Senyum kan sedekah ape nk malu bkn aku mencuri pun.
Skrg budaya xnak ambk tau hal orang lain pun makin ketara, ape ke org dlu2 ckp.Jaga tepi kain orang.LU LU GUA GUA.Kadang2 kita kn jaga tepi kain org lain tp kadang2 xperlu.ikot la pada kesesuaian masa dan tempat.Terigat lagi disuatu tempat.Bila fahaman politik menjadi keutamaan di sebuah kampung.Bermula la 2 kumpulan yg xnk langsung ambk tau tntg kumpulan yg lain.Sedangkan mereka itu tetap bersaudara. kumpulan A dan kumpulan B dari kampung yang sama serta menjaga harta benda kumpulan mereka sahaja.nie baru sebuah kampung klu satu negara mcm nie mungkin perang saudara akan terjadi sepertimana perbezaan mazhab di beberapa buah Negara lain.
Adakah parti menjadi keutamaan kita didunia ini.Hilangnya semangat persaudaraan jika keutamaan parti menjadi tunjang kepada nilai kehidupan.Islam tidak melarang kita berpolitik tp kita ditegah dari melampaui batas.ALLAH maha adil.IA menciptakan semua berpasang-pasangan seperti Kerajaan dan Pembangkang, Askar dan Musuh serta lain2 lagi.Knp kita harus memandang pada perbezaan sedangkan kita banyak persamaan.Aku xle pandai sgt sb aku masih stahun jagung dalam menilai masalah-masalah dunia nie.
Pernah suatu masa aku terlihat seorang dari bangsa india hampir dilanggar dengan sebangsa dengannya.memang tidak disangka-sangka yang hampir dilanggar tidak berkata ape2 pada yg hndak melanggarnya apabila perkataan maaf dlm bahasa hindu kedengaran.Tp bangsa kita klu yang hampir melanggar dengan bangsa sendiri siap le.mungkin tidak ramai yg mcm itu.
Nilai persaudaraan antara kita juga pudar bila banyaknyer Pertubuhan tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Ada kebaikkan dan ada kekurangan bila bnyk pertubuhan2 baru muncul.Klu semua yang muncul benar2 ingin menyatukan ALHAMDULILLAH tp klu bnyak yang muncul utk menghancurkan.Ape cer btol x,baik xpayah wujud.
Ape pun terjadi marilah kita mulakan untuk menyatukan Bangsa SeAgama kita.Klu kita tak mulakan dulu siapa lagi hendak mulakan.Biarlah ape pun Cemuhan dan Penghinaan yg kita hadapi.Smoga ALLAH membantu dalam menyatukan hati2 semua saudara2 seAgama serta menjadikan kita antara Umat Muhammad S.A.W yang mendapat syafaat diAkhirat kelak.
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan