Selasa, 31 Januari 2012

Bersama ND LALA

Bersama Zaidi Omar
Dirham yang dilaburkan


Assalamualaikum wbt...ini adalah artis2 yang bersama-sama kami didalam syarikat World Dirham Berhad (WDB)...ND LALA seorang jutawan dan artis yang tidak asing lagi di negara kita dan seorang lagi artis ZAIDI OMAR atau Pak Dollah dalam ombak rindu...Gambar ini ditangkap ketika kursus bersama share partner dan juga ejen2 diseluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Indonesia,Thailand,Singapore,Hong Kong dan Negara2 lain yg terlibat...JIKA MEREKA PUN MELABUR MENGAPA TIDAK ANDA...Hubungi sy untuk penjelasan lanjut 017-5881472 @ 013-4795688

Ahad, 22 Januari 2012

Adakah Emas terlalu Mahal atau Perak terlalu Murah








Kedua-duanya menunjukkan sejarah harga emas dan silver
dari tempoh 30 hari.
Cuba tengok perbezaan antara peratusan kenaikan perak berbanding emas.
Kali terakhir yang saya tengok, perak naik lebih 2 kali ganda dari emas!
Graf-graf di atas meyakinkan saya:
yang harga emas & perak akan terus naik 5 hingga 10 tahun lagi.
Prestasi perak akan jauh mengatasi emas sepanjang bull market ini.
Akhir sekali, ia meyakinkan saya strategi pembelian perak dan emas yang paling efektif adalah STRATEGI BERMUSIM.
5 sebab Global untuk melabur dengan PERAK sekarang
-       Permintaan untuk melabur dengan perak dah naik 522% sejak 2007
-          Kerajaan2 dunia sedang mengumpul perak; angka penjualan rasmi dah jatuh menjunam ke 83% dalam jangka masa 3 tahun.
-          Bekalan perak ( telah dilombong ) dah jatuh 86% tahun lepas.
-          Permintaan industri untuk perak dah naik dekad lalu, walaupun harga naik 236%
-          Perak menunjukkan persembahan lebih baik berbanding emas semasa “BULL MARKETS” iaitu pasaran “NAIK”
(info dari WealthDaily.com)

Kami bukan sekadar menjual DIRHAM tetapi kami melaburkannya tanpa mengambilnya dari anda...berminat untuk mengetahui Pm atau mesej sy 017-5881472 @ 013-4795688

Isnin, 16 Januari 2012

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat BANGSAKU DIJAJAH, tidak ada yang  lebih menyedihkan dari membiarkan BANGSAKU DIHINA, Air mata tiada ertinya, sejarah silam tiada maknanya sekiranya BANGSA TERCINTA TERPINGGIR,DIPERSENDA DAN DILUPAKAN.
Bukan kecil langkah wira bangsa,para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa. Selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan. Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara. Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita. 
Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menutupnya lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan mengidakkan,mengangguk dan membenarkan kerana kemakmuran dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta dinegaranya sendiri.


















Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.  Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya. Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut,pengembara serta penakluk terkemuka. Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap menjadi pedagang dan perniaga selain menjadi ulamak dan ilmuan terbilang. 


Bukankan bangsaku pernah mengharungi samudera,menjajah dunia yang tidak dikenali. Bukankan mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak pernah mengenal erti takut dan kematian. Dimanakah silapnya hingga bangsaku merasa sungguh kecil dan rendah diri. 
Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mula melupakan kegemilangan silam dan sejarah silam membina empayar. Tugas kita belum selesai rupanya. Bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati. Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisi tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya. Hari ini jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

MALAYSIA ADALAH NEGARA KITA BERSAMA.DISINI KITA DILAHIRKAN.DISINI KITA DIBESARKAN.DISINI KITA MENCARI NAFKAH DAN DISINILAH AKAN KITA HEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR.BAIK NEGARA INI ADALAH KERANA KITA.BURUK NEGARA INI ADALAH KERANA KITA JUGA.KITA BOLEH PILIH.BIJAK-BIJAKLAH MEMILIH KERANA YANG DIPERTARUNGKAN IALAH HIDUP MATI KITA.....

Sabtu, 14 Januari 2012

AKU DI BOUSTED NAVAL SHIPYARD

KD TUAH
Assalamualaikum wbt...lama rasanya xupdate blog ak yg diibaratkan hidup segan mati tak mahu...aku bukan rajin la luahkan segalanya melalui penulisan...jika mood itu sampai aku akan menaip sehingga mood itu hilang...
start 5.12.2011 ak mula praktikal di dalam bousted lumut dibawah syarikat Swis Resources...keje aku pasang stearing gear iaitu komponen yang membolehkan kapal bergerak ke kanan atau kiri...aku buat kapal perang KD TUAH...tu la pertama kali aku naik kapal perang yang sedang dibaiki...sebelum nie aku keje cat kapal terbang...walaupun ada perbezaan tp ada juga persamaan dlm baiki membaiki nie...
KD LEKIR
KD TUAH,KD LEKIR,KD SELANGOR...3 kapal nie yang aku naik...KD SELANGOR dh siap memang terbaik la...sejuk siot kat situ aircond pun nyaman jer walaupun aku buat keje atas engine...
baru sebulan setengah keje kat situ basikal aku kena curi...tekanan aku nk keje dh la jauh...nyaris la doa aku dimakbulkan selasa petang dpt balaik...nyaris ak xbantai org tu klu x naya jer aku kena buang...
KD SELANGOR
hujung bln 3 nie je ak praktikal xsabo plak nk hbs bljar...otak aku dh semak nie...kat KD TUAH walaupun aku dgn member sorg nie praktikal tapi kami diberikan keje seperti seorang pekerja mekanikal tanpa ada pengawasan...kiranya kami nie mcm dh org lama la kononnyer...heheehe kadang2 lawak pun ada kat sana...mcm2 gelagat manusia yg aku jumpa...bukan jer dr Malaysia malah luar pun ada...tringat slogan 1Malaysia tapi kami kat sini guna slogan 1Dunia...k la taip pnjg2 pun bukan boleh lulus aku praktikal...jumpa lagi di coretan akan datang...