Selasa, 31 Mei 2011

AnTaRa FiSaBiLiLLAH dAn KoNgSi GeLap


FISABILILLAH
Fisabilillah merupakan gelaran dan sejenis perlakuan yang dianggap mulia dalam Islam. Sejak dahulu lagi Fi sabil Allah yang menjadi polemik di antara ulama. Ada yang menyempitkan makna fi sabil Allah dan ada yang meluaskan pemahamannya. Perbincangan ini bukanlah hanya untuk menyenaraikan pendapat-pendapat yang bercanggah di antara ulama tetapi lebih kepada analisa yang kritis bagi memastikan kebenaran yang tulen yang perlu dipatuhi dan merupakan perbincangan yang melibatkan keharusan talfiq selagi sesuatu masalah itu masih kabur dan tidak nyata. Perbincangan juga melibatkan maslahah yang menjadi alasan dan senjata utama bagi mereka yang mengeluarkan hukum tanpa asas, tanpa memahami dengan mendalam maksud sebenar maslahah dalam Usul Al-Fiqh. Ramai golongan yang suka bercakap mengenai Fiqh tapi tidak didasarkan pada asas sebenar Fiqh itu iaitu usul Al-Fiqh. Realitinya amalan peluasan makna fi sabil Allah memang dipraktikkan di Malaysia tanpa diambil kira asas sebenar syariah. Pemberian zakat kepada mangsa bencana alam, adakah menepati makna fi sabil Allah atau tidak? Pendapat-pendapat ulama terhadap saham fi sabil Allah
A.Golongan yang menyempitkan makna fi sabil Allah.
Mazhab Hanafiyy
Imam Abu Yusof berpendapat bahawa makna fi sabil Allah bermaksud tentera-tentera Islam yang tidak berkeupayaan menyertai perang disebabkan kemiskinan yang dialami, ini merupakan maksud yang mula terlintas di fikiran (al-Kasani 1997 : jil. 2,472).
Imam Muhammad al-Hassan pula berpendapat fi sabil Allah bermaksud orang yang tidak cukup kelengkapan menunaikan haji dengan beralaskan kepada satu hadis bahawa seorang lelaki hendak menyerahkan seekor unta untuk tujuan perang tetapi Rasulullah menyuruh beliau menyalurkannya untuk tujuan haji (al-Kasani 1997 : jil.2,472).
Al-Kasani dalam Badai’ al-sanai’ menjelaskan bahawa maksud fi sabil Allah adalah semua bentuk amalan mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah (Ibn ‘Abidin 1994 : jil.3,289). Ibn Nujaym dalam al-Bahr mengatakan bahawa unsur kefakiran mestilah ada pada setiap bahagian (Ibn Nujaim 1997 : jil.2,422).
Disyaratkan pemilikan harta zakat pada asnaf, maka tidak boleh disalurkan untuk pembinaan masjid, kafan serta pembayaran hutang mayat, pembinaan jambatan, terusan, pembinaan jalan, haji dan jihad yang tiada kaitan dengan pemilikan harta (Ibn Abidin 1994 : jil.3,291).
Ringkasnya ulama Mazhab Hanafi mentakrifkan fi sabil Allah sebagai amalan-amalan yang mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah serta mensyaratkan wujudnya sifat kefakiran bagi bahagian fi sabil Allah kecuali bahagian amil dan berlakunya pemilikan harta, maka tidak harus disalurkan zakat pada pembinaan masjid, pembinaan jambatan, tali air, jalan dan sebagainya.
Mazhab Malikiyy
Ibn al-Arabi dalam Ahkam al-Quran meriwayatkan daripada Imam Malik bahawa maksud fi sabil Allah banyak maknanya, tetapi tiada perselisihan pendapat tentang makna perang pada jalan Allah (Ibn al-Arabi 1967 : jil.2,957).
Muhammad Ibn al-Hakam mengatakan bahawa zakat boleh disalurkan bagi mendapatkan binatang dan senjata bagi kegunaan perang, bagi menahan kemaraan musuh kerana semuanya untuk maslahah perang berhujahkan pada satu hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah menyalurkan zakat dalam bentuk seratus ekor unta kepada jajahan kekuasaan Sahal Ibn Abi Hathmah bagi meredakan penentangan (Ibn al-Arabi 1967 :jil.2,957).
Al-Dardir menjelaskan dalam Syarh ala Matan Khalil bahawa zakat diberikan kepada tentera-tentera dan keperluan mereka seperti senjata dan kuda (pengangkutan), walaupun tentera itu kaya kerana ia menerima zakat melalui bahagian jihad bukan kefakiran. Diberikan juga kepada pengintip-pengintip walaupun seorang kafir tetapi tidak boleh disalurkan pada pembinaan benteng negara dan dalam perkara yang mempunyai kaitan sebahagian sahaja dalam perang.
Dalam tafsir al-Qurtubi dinyatakan bahawa maksud fi sabil Allah adalah tentera-tentera serta kelengkapan yang berkaitan sama ada miskin kaya dan ini adalah mazhab Maliki (al-Qurtubi 1996 : jil.8,172).
Ringkasnya, makna fi sabil Allah dalam Mazhab Maliki bermakna bagi tujuan peperangan, jihad dan yang berkaitan dengannya, tidak hanya tertakluk pada tentera tetapi lebih meluas pemahamannya merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan perang dan boleh disalurkan zakat walaupun pada orang kaya.
Mazhab Syafi’iyy
Al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin menjelaskan bahawa maksud fi sabil Allah bermakna tentera-tentera yang tidak menerima gaji daripada kerajaan, iaitu bermakna tentera yang sukarela menyertai peperangan (al-Nawawi 2000 : jil.2,403).
Al-Syafi’iyy menjelaskan dalam al-Umm bahawa bahagian fi sabil Allah disalurkan kepada tentera yang berada dalam kawasan sesuatu zakat yang disalurkan, sama ada pada yang kaya atau miskin kecuali diperlukan sebaliknya (al-Syafie 1993 : jil.2,97).
Ringkasnya, Mazhab Syafi’iyy memfokuskan makna fi sabil Allah hanyalah untuk jihad, tentera yang tidak menerima gaji dan yang berkaitan dengannya walaupun ia kaya.
Mazhab Hanbaliyy
Mazhab Hanbaliyy sama dengan Mazhab Syafi’iyy dalam mentakrifkan fi sabil Allah iaitu dengan makna tentera-tentera sukarela yang tidak menerima gaji daripada kerajaan atau yang menerima gaji tetapi tidak mencukupi keperluan mereka untuk berperang walaupun ia kaya. Al-Bahuti menjelaskan bahawa tidak harus disalurkan zakat selain daripada yang disebutkan oleh Allah seperti pembinaan masjid, jambatan, terusan, pembinaan jalan, kafan mayat dan semua bentuk kebaikan untuk keredaan Allah kerana lafaz امنإ dalam ayat zakat tersebut bermakna hanya (al-Bahuti 1982 : jil.2,283).
Terdapat dua riwayat Imam Ahmad berkaitan dengan haji :
1.Haji termasuk dalam fi sabil Allah berdasarkan pada hadis Umm Mi’qal al-Asadiyyah bahawa suaminya menyerahkan seekor unta untuk tujuan jihad tetapi beliau ingin menggunakannya untuk tujuan haji lantas meminta unta tersebut daripada suaminya tetapi enggan, maka perkara ini diadukan pada Rasulullah dan baginda memutuskan supaya diberikan pada Umm Mi’qal dengan sabda : “Haji dan Umrah itu termasuk fi sabil Allah”.
2.Haji tidak termasuk fi sabil Allah seperti pendapat majoriti ulama. Ibn Qudamah dalam al-Syarh al-Kabir menjelaskan bahawa ini lebih tepat kerana fi sabil Allah bermakna jihad merupakan maksud yang pertama terlintas di fikiran kerana sebahagian besar ayat al-Quran yang menggunakan perkataan sabil Allah membawa erti jihad, ini merupakan zahir ayat (Ibn Qudamah 1995 : jil.4,104).

Rumusan

Hasil daripada kajian ringkas ini menunjukkan bahawa keempat-empat mazhab bersepakat mengatakan bahawa :
1.Jihad atau perang kerana Allah termasuk dalam fi sabil Allah.
2.Penyaluran zakat terhadap tentera-tentera yang terlibat dengan jihad.
3.Ketidakharusan penyaluran zakat bagi tujuan maslahah umum seperti pembinaan empangan, terusan, masjid, sekolah, jalan, urusan jenazah.
B.Gologan yang memperluaskan makna fi sabil Allah.
Al-Razi menyatakan dalam takfsirnya : “Zahir lafaz fi sabil Allah tidak menunjukkan pengkhususan terhadap tentera sahaja justeru al-Qaffal menyatakan dalam tafsirnya mengikut sebahagian fuqaha mengharuskan pembahagian zakat kepada semua bentuk kebaikan seperti mengkafankan mayat, pembinaan benteng dan masjid kerana fi sabil Allah umum bagi semua”. (al-razi 1995 : jil.8,115).
Anas Ibn Malik dan al-Hassan
Ibn Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa Anas dan al-Hassan al-Basri pernah mengatakan bahawa “apa yang anda salurkan pada pembinaan jambatan dan jalan ia adalah sedekah yang diterima” (Ibn Qudamah 1995 : jil.4,104).
Al-Imamiyyah al-Ja’fariyyah
Kitab al-Mukhtasar al-Nafi’ menjelaskan bahawa fi sabil Allah bermakna setiap perkara kebaikan dan kepentingan umum seperti haji, jihad dan pembinaan jambatan dan ada pendapat yang mengatakan bahawa ia khusus untuk jihad sahaja.
Kitab Syarai’ al-Islam menyebutkan bahawa kepentingan umum seperti pembinaan jambatan, masjid, haji dan semua bentuk kebaikan termasuk dalam kategori fi sabil Allah (Muhammad jawwad t.th : jil.1,87).
Al-Zaidiyyah
Pengarang al-Rawd al-Nadir menjelaskan bahawa Imam Zayd mengatakan bahawa zakat tidak boleh disalurkan pada urusan jenazah atau pembinaan masjid, tetapi beliau sendiri menyalahi pendapat Imam Zayd dengan mentarjihkan peluasan makna fi sabil Allah (al-Siyaghi t.th ; jil.2,621). Dalam Syarh al-Azhar dinyatakan bahawa harus disalurkan zakat untuk kepentingan umum umat Islam dan ini adalah nas atau keterangan Imam al-Hadi.
Al-Sayyid Rasyid Ridha berpendapat bahawa fi sabil Allah bermaksud maslahah-maslahah umum umat Islam bagi tujuan agama dan negara bukan untuk persendirian, yang paling baik dan patut diutamakan ialah untuk jihad; pembelian senjata, bekalan makanan askar, pengangkutan tentera dan sebagainya, tetapi segala peralatan tersebut perlulah dikembalikan balik pada baitulmal disebabkan sifat fi sabil Allah hanya sah semasa berlakunya peperangan. Termasuk juga pembinaan hospital tentera, kebajikan umum dan pembinaan jalan-jalan, landasan keretapi tentera, menara-menara tentera, lapangan terbang tentera, bagi tujuan bekalan pendakwah-pendakwah Islam melalui institusi-institusi yang berkaitan (Rasyid Ridho t.th : jil.10,585).
Al-Syaikh Mahmud Syaltut
Beliau berpendapat bahawa makna fi sabil Allah bermaksud kepentingan-kepentingan umum yang tidak dimiliki oleh sesiapapun hanya untuk jalan Allah dan untuk kepentingan manusia. Perlu diutamakan persiapan perang bagi mempertahankan kehormatan daripada musuh, termasuklah peralatan yang canggih, hospital tentera dan awam, pembinaan jalan, bagi tujuan pendakwah Islam….dibolehkan penyaluran zakat bagi tujuan pembinaan masjid dengan syarat mengikut keperluan sahaja (Syaltut 1991 : 119).
ANALISA
Hujah-hujah yang dikemukakan oleh setiap golongan menunjukkan bahawa majoriti fuqaha memiliki hujah yang lebih kukuh dan konkrit berbanding golongan yang memperluaskan makna fi sabil Allah. Golongan ini hanya berhujahkan dengan hujah berikut :
1.Umum ayat zakat yang menunjukkan maksud yang merangkumi semua kebajikan.
2.Riwayat-riwayat tabiin dan tabi’ tabiin tanpa alasan yang kukuh.
3.Tafsiran-tafsiran ulama tanpa berdasarkan pada nas atau hujah yang konkrit.
Sebaliknya majoriti fuqaha memiliki hujah dan alasan yang konkrit serta ilmiah dalam menentukan kehendak ayat zakat tersebut melalui hujah-hujah berikut :
1.Takhsis al-‘am ; ayat zakat tersebut menunjukkan lafaz yang umum iaitu fi sabil Allah yang berfungsi mengumumkan makna tersebut iaitu merangkumi semua kebajikan untuk jalan Allah. Tetapi ayat yang bersifat umum ini telah ditakhsiskan oleh hadis yang menerangkan makna fi sabil Allah seperti hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, dan al-Hakim; sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim iaitu sabda Rasulullah : Tidak halal zakat bagi orang yang kaya kecuali lima golongan iaitu tentera berjihad pada jalan Allah….perkataan tentera berjihad pada jalan Allah mentakhsiskan umum makna fi sabil Allah dalam ayat zakat. Tidak ada pertentangan pendapat ulama yang berhujahkan dengan prinsip umum dalam takhsis al-‘am sama ada dengan dalil ‘aqli atau sam’i. (al-Ghazzali 1996 : 245).
2. Apabila berlawanan maksud dalam Quran dan Sunnah antara definisi dari segi bahasa dan syarak maka hendaklah diutamakan definisi syarak dahulu. Al-Ghazzali telah menyatakan bahawa pendapat yang terpilih adalah setiap definisi yang berkaitan dengan penyataan atau suruhan maka perlulah disesuaikan dengan makna syarak (al-Ghazzali 1996 : 190). Ini bermakna maksud fi sabil Allah dari segi syaraknya adalah jihad atau perang pada jalan Allah kerana perbahasan zakat merupakan perbahasan syarak bukan perbahasan bahasa.
3. Perkataan fi sabil Allah jika diperluaskan maknanya maka ini menyebabkan berlakunya fenomena pengulangan terhadap ayat Allah tanpa faedah sedangkan Allah Maha Suci daripada sifat yang sedemikian. Sekiranya kehendak fi sabil Allah merangkumi semua amal kebaikan maka tidak perlu lagi Allah menyebutkan asnaf yang tujuh selain fi sabil Allah. Ini bermakna penetapan kelapan-lapan asnaf tersebut mempunyai tujuan dan hikmah iaitu mengkhususkan fi sabil Allah untuk tujuan jihad atau perang fi sabil Allah bukan sebaliknya. Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan kalimat امنإ yang bermaksud hanya iaitu lapan golongan itu sahajalah yang berhak menerima zakat. Sekiranya makna umum yang dimaksudkan, maka kalimah Innama itu juga tidak ada faedahnya disebutkan dan Allah Maha Suci daripada tuduhan-tuduhan seperti ini.
4. Kebanyakan ayat Quran dan hadis Rasulullah apabila membicarakan tentang fi sabil Allah merujuk kepada jihad atau perang fi sabil Allah sekiranya tidak ada qarinah yang memesongkan maknanya kecuali beberapa ayat dan hadis yang menunjukkan makna umum fi sabil Allah disebabkan terdapat qarinah. Perkataan fi sabil Allah dalam ayat zakat tersebut mempunyai makna yang khusus disebabkan tidak terdapat qarinah yang dapat memesongkan maknanya.
5.Sekiranya pemberian zakat kepada mangsa bencana alam dikategorikan sebagai maslahah, adakah ia menepati prinsip maslahah yang sepatutnya? Tambahan pula mazhab Syafie (Syafi'iyy) tidak mengiktirafkan penggunaan maslahah dalam penghasilan hukum secara mutlak dan itulah yang hak (Al-Amidi 2000 : jil.4,919). Kalau dikatakan fenomena talfiq mazhab harus dipraktikkan maka adalah adil jika dilaksanakan juga pada semua aspek syariah tidak hanya bab zakat malah dalam bab-bab yang lain juga. Sekiranya dipraktikkan juga prinsip maslahah ini terhadap penyaluran zakat kepada mangsa-mangsa bencana alam (setelah kajian terperinci menunjukkan bahawa Imam syafie juga mempraktikkan maslahah dengan nama penghujahan dengan asas-asas syariah yang umum serta menyeluruh) maka ia termasuk dalam perkara yang dinyatakan oleh Al-Ghazzali : “Setiap maslahah yang tidak menjuruskan kepada tujuan-tujuan syariat daripada Quran, Hadis dan Ijma’ tergolong dalam maslahah yang janggal yang tidak menepati kehendak syarak maka hukumnya batil dan tidak perlu dipratikkan. Sesiapa yang mempraktikkannya seolah-olah membuat syariat yang baru “(Al-Ghazzali 1996 : 179). Setelah diteliti hujah-hujah majoriti ulama jelaslah bahawa penyaluran zakat kepada mangsa bencana alam tidak menepati prinsip maslahah yang sebenar.

Kompromi

Pengagihan zakat yang telah, sedang dan akan dilakukan perlulah diteliti dengan penuh keinsafan. Pemberian zakat kepada mangsa-mangsa bencana alam bukanlah tidak boleh disalurkan kepada mereka disebabkan mangsa bencana alam ini berbeza situasinya menurut individu. Contohnya pemberian zakat masih boleh diberikan kepada mereka melalui asnaf yang lain seperti mangsa yang mengalami kefakiran atau kemiskinan setelah ditimpa bencana alam tetapi bukan semua mangsa boleh dikategorikan sebagai fakir atau miskin. Begitu juga boleh disalurkan melalui asnaf gharimin tetapi kalau hanya sekadar penghutang kenapa dikhususkan kepada mangsa bencana alam sahaja sedangkan boleh dikatakan semua orang berhutang.

Kesimpulan

Rumusannya, majoriti ulama termasuklah mazhab yang empat mengkhususkan makna fi sabil Allah dengan makna jihad atau perang dan yang berkaitan dengannya. Hanya segelintir sahaja yang memperluaskan makna tersebut dengan hujah yang rapuh. Pemberian zakat kepada mangsa bencana alam memang jelas tidak terdapat dalam asnaf yang lapan yang disebutkan dalam Qur’an. Sebagai alternatifnya segala bantuan yang hendak disalurkan kepada mangsa-mangsa berkenaan bolehlah diambil daripada sumber-sumber kewangan yang lain selain zakat ataupun diteliti dan dibuat analisa sekiranya di antara mangsa-mangsa yang terbabit tergolong dalam asnaf yang tujuh selain fi sabil Allah.

KONGSI GELAP
Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.
Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,30,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Jumaat, 20 Mei 2011

CaRa2 MeNgELaKAn DiRi DaRi DiSaNtAu Di KeDai MaKaN


MEMBACA BISMILLAH SEBANYAK 3 KALI DGN 6 RAKAAT PANJANGNYA...
CARA MEMEGANG CAWAN MINUMAN...
JARI KELINGKIN DI BAWAH CAWAN@GELAS
APABILA ADA SANTAU DIDALAM MINUMAN,KITA DAPAT MERASA SESUATU DIJARI KELINGKIN...
BACA AYAT INI BERULANG KALI KETIKA TAKUT DISANTAU...
Surah AL-FALAQ ayat ke 4 dan 5...
Maksudnya:
Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada simpulan-simpulan (talinya).Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila dia dengki.

Ahad, 15 Mei 2011

LeLaKi DaN rOkOk.... Ok AtAu Ko


“Bubuh la gambo ape pun aku tetap gak merokok”. “Bio la mahal mana pun aku tetap beli”. Itu la ayat yg slalu aku dengar tentang perokok tegar... Nie ayat yg paling aku nk tergelak “ Aku dh BERHENTI merokok...BERHENTI membeli rokok...tnggu org bagi je skrg”...hahahaa
Ape pun ayatnyer ia memang memudaratkan. Bukan shaja pada perokok malah penghidu bau asap rokok juga terdedah pd penyakit hingga ada ayat siperokok “antara org yg isap rokok dgn org bau asap rokok, yg bau asap rokok akan mati dulu...baik ko isap rokok gak”.btol atau tidak aku pun xtau... Org kita sungguh baik hati bila ada rokok. Btol x. Cuba tengok pd mereka2 yg ada rokok. Bila kwn2 mintak bg jer. Hingga ada kotak rokok yg open, habis kena bedal dek kwn2 yg xde rokok. Aku slalu la lepak2 dgn kwn2 kat kedai2 mkn. Klu kwn aku nk isap rokok msti die pelawa aku serta kwn2 yg lain. klu aku xambk msti depe ckp “ko xmerokok ke”. Aku mls nk ckp aku xmerokok sb kdg2 merokok gak. Ayat yg paling sesuai aku guna ialah...”aku isap rokok nusantara jerr”...klu sape knl aku msti diorag tau ayat nie. Kadang2 aku bedal gak rokok lain. Slalunya aku merokok sb nk hilangkn ngantuk. Kwn2 aku klu aku nk blk mula la ayt bukan2. Klu smua blk br la bleh blk. Tu la prinsip kwn2 aku. Time nk mkn xde plak nk ngajak. Tu yg aku musykil tu.hahahhaa
Merokok juga ada time2 tertentu yg sedap bak kata perokok contohnye waktu memerut dlm jamban @ selepas makan. Tang mana yg best pun aku xtau sb aku pn dh try gak...kwn2 aku ada yg merokok sb frust.pelik pun ada tp tu la hakikatnyer. Ada gak kwn aku yg kuat gila isap rokok. Time aku study dgn die,bapak lemas aku...berkepul-kepul asap mcm terbako pun ada rmh tu. Xpe la klu tu bt die happy  tp aku la xsenang nk study. Ingat lagi aku, masa IKM dulu. Duk rmh sewa dlm 5-8 org...ada 3 bilik. Depan,tengah dan blkg. Bilik tengah ada la 3-4 makhluk dh la xpuase klu mkn xpe la nie x merokok jer. “Klu xmerokok aku xbleh puase”kata kwn aku. hahahaaa nk putus urat perut aku gelak. Klu merokok pn dh tentu la xpuase...
Skrg nie rokok dh terlalu mudah nk beli. Ada mcm2 harga hingga bdk2 sekolah pn bleh beli rokok dlm batang. Yg mahal Dunhill. Murah skit Nusantara, murah pnya Dj @ Saat... Beberapa contoh yg aku tau. Mungkin rokok seludup xdpt nk dibanteras kot tnpa bantuan mana2 pihak. Klu xde rokok seludup, jenuh la perokok nk cr duit beli rokok2 yg mahal. Nyaris la aku bleh hidup tnpa rokok. Mungkin lg aman kot klu tanpa rokok... Pape pn terpulang pada diri masing2. Nk ckp org merokok nie xkuat agama pn xbleh gak sb ada gak imam2 yg merokok. Xtau la ape nk ckp lagi. Skrg nie bkn laki je merokok. Pompuan pn ada yg merokok gak kononnya dpt kuruskan badan. Pelik2. Kwn aku yg nk berhenti merokok smpi naik badan die. Tu la kekuatan rokok pd diri seseorang...  
Ada gak kwn2 aku yg cuba nk berhenti tp kwn2 bnyk baik hati bg rokok mula la terjebak blk kwn aku tu. Mmg payah la klu dh ketagih rokok nk berhenti. Klu ada pun xramai rsnyer...
Ada gak siperokok ckp klu aku xmerokok kerajaan akn miskin sb bnyk cukai2 dtgnya dr cukai rokok. Hahahaa btol gak kot. Aku pun xtau smua nie. Mungkin hnya alasan siperokok atau mmg cukai rokok sumber kerajaan kaya....
Smpi disini aje k...nntikn catatan yg baru plak nnt...
Nie la beberapa kotak yg aku simpan kat rmh.bnyk lg yg dh kn dibuang.

Sabtu, 14 Mei 2011

AkU, hAnDpHoNe DaN nAfSu...


Tersebutlaahhhhh kiiiiissaaaaahhhhhh...
Zaman ini handphone @ handset @ telefon bimbit adalah keperluan sama seperti duit, makanan, tempat tinggal dan juga kenderaan. Dengan adanya handphone segala komunikasi menjadi mudah bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara jua. Budak2 sekolah menengah malah budak sekolah rendah jua sudah memiliki handphone. Aku juga begitu memerlukan handphone seperti semua. Tanpa handphone seperti ada kekurangan di dalam diri. Mungkin korg juga sama seperti aku. Btol x.
Aku mula memiliki handphone ketika di hujung tingkatan 5. Aku bukanlah dari keluarga yg senang,begitu mudah untuk memiliki handphone. Semua kawan2 aku dh ada hanphone walaupun ketika itu nokia 33 skupang menjadi pilihan kwn2 aku.mungkin kerana harga yg murah @ tahan lasak. Aku juga masih tak ada handphone. Waktu tu hanya ayah dan akak aku je ada handphone. Bila ayah aku beli handphone baru,handphone lama diberikan pada mak aku. Memandangkan pada waktu itu aku dah ada simkad jadi aku dan mak aku berkongsi la pakai handphone itu. Aku g sekolah mak aku bawak g keje. Mak aku balik keje baru la aku guna handphone tu. Aku pki je nset tu(3310 @ 3315) semua kwn2 aku beralih angin plak pki handphone skrin colour. “Segan pki handphone xde colour” kata kwn aku membuatkan aku naik angin tp xpe la dah itu yg aku mampu nk buat mcm mana. Mungkin sebab pki handphone gak kot SPM aku xberapa baik. Mane xnyer cikgu ajar kat depan aku main mesej kat blakang. Tengah galak bercinta la waktu tu. Last2 hancur SPM aku tp xla teruk sgt,dapat la gak masuk U mcm skrg nie... kadang2 menyesal pun ada guna handphone waktu tu. Benda dh lepas xusah dikenang....
Bila aku dah malas nk kongsi handphone, aku pun beli la 1 handphone guna duit raya + duit pinjam kat ayah aku = Handphone. Aku pun beli la simkad baru kat mak aku. Nie la handphone pertama aku beli tapi secound hand la. Kira ok la tu xpinjam-pinjam lg. Btol x. Masuk je akhir tahun sekolah pun tutup, aku g la mintak kerja kat SHELL tmpat pam minyak. Masuk je keje kat situ semua la pakat tunjuk handphone siap ada skrin colour + kamera lg. Mendidih otak aku nk beli handphone baru plak. Dlm bulan 3 kot aku beli la handphone lain tapi tetap secound hand. Klu nk berlagak xpyh handphone baru pun xpe bentak aku didlm hati. Dari skrin biase dh ada colour + camera. Dh pki 2 handphone sejak hari tu.
 Lame kelamaan ada plak handphone yg ada muzik + pakai memory kad. Dh mendidih plak otak aku nak yg ada muzik + memory kad. Duit elaun ikm aku simpan utk beli yg ada muzik + memory kad plak. Bila dh cukup aku pun beli yg ada muzik + memory kad kat ipoh dgn member aku. Tetap secound hand. Mungkin aku ditakdirkn beli handphone yg secoundhand je kot kata kwn ku. Ingatkn revolusi handphone brakhir kat situ tetiba 3G plak kluar. Kwn2 dh mula tukar handphone, xkan aku je pki handphone lama. Bila sorg2 tunjuk handphone 3G + syaitan plak menghasut = aku terpedaya. Habis duit elaun aku simpan nak kawin melayang g ke kedai cina jual handphone. Dari xde 3G skrg dh ada 3G tp xguna pun. Sampai la aku keje kat subang dapat awek yg asyk2 nk 3G br la trasa berguna 3G tu... Skrg touch skrin plak menjadi kegilaan remaja2. Aku dh xnk terpengaruh lagi dgn handphone yg xhenti henti berubah. Tunggu handphone aku pakai sekarang nie rosak baru la beli lain. Dari handphone skrin biase, skrg handphone aku dah ada colour+ada muzik+ada camera+ada memory kad+ada 3G= sony ericsson. Cukup lah buat masa nie tukar2 handphone sebab syg duit. Skrg dh murah pun aku xnk tukar2 handphone. Xbleh ckp bnyk kali nk tukar handphone nnt handphone aku merajuk plak jd hang memanjang...hheheehee mcm xpercaya tp tu la hakikatnyer...(tamat)
Nie semua handphone kat rmh aku stahun dulu kot...skrg dh bertambah dlm 4 lg...