Selasa, 10 Mei 2011

POLITIK...POLITIK...POLITIK...bilakah akan berakhir


Sekarang ini dunia politik semakin kucar kacir. Berbagai masalah dihadapi beberapa parti politik kita. UMNO dengan kes rasuahnya, PKR dengan kes liwatnya, PAS dengan kes khalwatnya. Betol ke tidak terpulang pada pandangan masing2. Keadaan PKR yang kucar kacir membuatkan YAB PM mempelawa PAS untuk menyertai UMNO , manakala keadaan BN yang semakin kurang pengundi membuatkan MB Kelantan memberi cadangan agar parti itu(UMNO) dan PAS membubarkan parti masing2 supaya 1 parti Islam dapat diwujudkan. Jika ini berlaku parti2 dari bangsa lain juga akan turut sama bersatu serta menjadikan negara MALAYSIA sebagai negara yang rasis. Ini akan menyebabkan banyak rusuhan kaum, persengketaan serta dapat mengkucar-kacirkan lagi negara. Mungkin peristiwa 13 Mei akan berulang kembali ibarat LUKA LAMA KEMBALI BERDARAH.Bangsa melayu seharusnya lebih mementingkan sesama bangsa kerana ikatan persaudaraan yang terjalin sejak sekian lama dapat mengembalikan semula titik persefahaman antara beberapa parti utama melayu. Ibarat kata pepatah CUBIT PEHA KIRI,PEHA KANAN TERASA sepatutnya dijadikan contoh serta disemat didalam hati setiap anak melayu agar kita lebih menyayangi anak bangsa sama seperti kita menyayangi diri sendiri.Media2 massa seharusnya tidak terlalu memihak kepada sesetengah pihak kerana ini dapat menimbulkan rasa tidak senang kepada pihak2 lain. Contohnya Utusan Malaysia yang dikatakan lebih memihak kepada Kerajaan manakala Harakah memihak kepada Pembangkang. Kerajaan dan Pembangkang seharusnya berkerjasama bagi membela nasib rakyat serta menaikkan nama Negara ke persada dunia. Seperti pasangan kekasih, Kerajaan dan Pembangkang haruslah saling hormat menghormati, berkerjasama, tegur menegur serta selalu duduk semeja untuk menyelesaikan masalah. Bukan propaganda disini sana,mengadu domba,rusuhan,fitnah. Ini dilihat sungguh merugikan anak bangsa sendiri kerana orang2 melayulah yg begitu taksub pada politik hinggakan sanggup memutuskan hubungan persaudaraan. TIDAK BERIMAN ANTARA KAMU SEKIRANYA DIA TIDAK MENYAYANGI SAUDARANYA SAMA SEPERTI DIA MENYAYANGI DIRI SENDIRI. Jika diperhatikan bangsa lain agak kurang perbalahan diantara mereka seperti MCA dan DAP. Mereka seperti abang dan adik dalam politik hanya bermusuhan sementara ketika pilihan raya. Tapi orang2 melayu tak kira waktu berkempen, waktu penamaan calon, waktu mengundi malahan selepas mengundi pun masih bermusuhan. Dimanakah silapnya semua ini.
Semoga satu hari nanti akan hadirlah pemimpin dari bangsa melayu yang akan menyatukan kembali anak bangsa yang semakin jauh menyimpang....
(HANYA PENDAPAT PERIBADI TIADA KAITAN DIANTARA MANA2 PIHAK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan