Apakah dosa kami ibu buat kami begini...Kerana dosa ibu dan ayah kami dibuang...Salahkah kami wujud kerana keintiman hubungan ibu dan ayah dulu...Salahkah kami menumpang di bumi ini...Kenapa kami dibiarkan dilongkang-longkang,tong-tong sampah,serta ditinggalkan dimerata-rata...Adakah ini permulaan hidup kami didunia...Orang lain menunggu untuk mendapatkan anak...Tapi ibu dan ayah buang bila dah dapat anak...Orang lain sungguh gembira bila dapat anak tapi ibu dan ayah berduka bila dapat anak...Kenapa kami jadi begini...Kami juga berhak hidup bukan dibunuh dan dibuang...Ibu dan ayah seronok bila bersama...Lupa halal dan haram...Bila kami dah berada didalam kandungan ibu baru menyesal dan gugurkan kami...Adakah itu cara hidup kami...Baru dijadikan terus dimatikan...Lihatlah kawan-kawan kami...Sanggupkan kalau itu terjadi pada kalian semua...Dibuang dimerata-rata...Digigit anjing-anjing liar...Ditanam di tepi-tepi pokok...Hinakah kami dimata ibu dan ayah...Adakah kita diciptakan berbeza...Ibu dan ayah dari tanah...Kami dari besi atau dari plastik...Kita sama tapi kenapa ibu dan ayah buang saya...Adakah saya bukan anak yang soleh buat ibu dan ayah...Adakah saya akan jadi seorang anak yang akan menyusahkan ibu dan ayah nanti...Adakah kami tidak cantik dan comel untuk menambat hati ibu dan ayah...Katakan pada dunia kenapa ibu dan ayah buang dan bunuh kami...Kenapa ibu...Kenapa ayah...Apa dosa kami pada ibu dan ayah...Katakan pada dunia...Tidakkah ibu dan ayah takut akan balasan Tuhan...Berzina dan membunuh...Tidakkah ada sedikit rasa belas kasihan pada kami anak-anakmu...Tergamaknya kami diperlakukan begini...Oh Tuhan...kenapalah kami dicipta jika disalah ertikan...
Isnin, 20 Jun 2011
Khamis, 16 Jun 2011
BiLe DaH jAdI tAbiAt sUkA mEnIpU...
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar.
Rabu, 8 Jun 2011
KiSaH aDiK dAlAm BuS
Suatu hari adik adam menaiki bas Melaka-KL. Mama yang menghantar adik adam ke melaka sentral berpesan kepada pemandu "Adik tengok-tengokkan anak akak ye, nanti sampai Seremban bagitau dia ye." Sepanjang perjalanan ternyata adik adam sangat nakal dan tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia bertanya pada penumpang dan abg pemandu "Dah sampai seremban belum?" Pakcik mail tongkeng salah seorang penumpang yang sudah beberapa kali menjawab pertanyaan adik adam menjawab "Belum adik, adik tidur je jangan risau nanti pakcik pasti kejutkan."
Tapi ternyata adik adam belum berpuas hati, dia pergi mendapatkan abang pemandu dan bertanya lagi "Abang, dah sampai seremban belum?" Abang pemandu yang sudah kepenatan dengan pertanyaan adik adam menjawab "Belum! Tidur la dulu, abang janji akan kejutkan adik. Abang janji. Jangan risau, pegi tidur."
Selepas itu adik adam tidak bertanya lagi, dia tidur dengan nyenyaknya. Terasa aman sekali suasana dalam bas bila dia tidur. Kerana itu semua orang termasuk abang pemandu terlupa tentang adik adam, tiada seorang pun mengejutkannya walaupun bas telah melepasi seremban. Malah sehingga bangi dan seterusnya sampai di tol sungai besi adik adam masih tidur tidak dikejutkan.
Selepas membayar tol itulah baru abg pemandu tersedar dia terlupa mengejutkan adik adam. Lalu dia bertanya kepada para penumpang "Camne ni pakcik makcik, kita kena patah balik seremban ni hantar budak ni." Para penumpang pun turut merasa bersalah lebih-lebih lagi pakcik mail tongkeng. Mereka bersetuju menghantar adik adam semula ke seremban.
Abang pemandu pun membawa bas berpatah balik ke seremban. Jauh juga hendak patah balik ke seremban. Apabila sampai di seremban dengan bangganya mereka bersama-sama mengejutkan adik adam sambil merahsiakan kejadian sebenar. "Adik, bas dah sampai seremban. Cepat bangun." Adik adam segera bangun dengan gembira. "Ooo dah sampai ye." Dengan cepatnya adik adam membuka beg galasnya dan mengeluarkan kotak KFCnya.
Semua orang kehairanan. "Adik bukan nak turun seremban ke?"tanya pak cik mail segera. "Tak la saya mau ke KL lepak rumah abg long. Mama pesan bila dah sampai seremban baru saya boley makan bekal ayam KFC ni."

Langgan:
Catatan (Atom)