Rabu, 8 Jun 2011

KiSaH aDiK dAlAm BuS


 

Suatu hari adik adam menaiki bas Melaka-KL. Mama yang menghantar adik adam ke melaka sentral berpesan kepada pemandu "Adik tengok-tengokkan anak akak ye, nanti sampai Seremban bagitau dia ye." Sepanjang perjalanan ternyata adik adam sangat nakal dan tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia bertanya pada penumpang dan abg pemandu "Dah sampai seremban belum?" Pakcik mail tongkeng salah seorang penumpang yang sudah beberapa kali menjawab pertanyaan adik adam menjawab "Belum adik, adik tidur je jangan risau nanti pakcik pasti kejutkan."

Tapi ternyata adik adam belum berpuas hati, dia pergi mendapatkan abang pemandu dan bertanya lagi "Abang, dah sampai seremban belum?" Abang pemandu yang sudah kepenatan dengan pertanyaan adik adam menjawab "Belum! Tidur la dulu, abang janji akan kejutkan adik. Abang janji. Jangan risau, pegi tidur."

Selepas itu adik adam tidak bertanya lagi, dia tidur dengan nyenyaknya. Terasa aman sekali suasana dalam bas bila dia tidur. Kerana itu semua orang termasuk abang pemandu terlupa tentang adik adam, tiada seorang pun mengejutkannya walaupun bas telah melepasi seremban. Malah sehingga bangi dan seterusnya sampai di tol sungai besi adik adam masih tidur tidak dikejutkan.

Selepas membayar tol itulah baru abg pemandu tersedar dia terlupa mengejutkan adik adam. Lalu dia bertanya kepada para penumpang "Camne ni pakcik makcik, kita kena patah balik seremban ni hantar budak ni." Para penumpang pun turut merasa bersalah lebih-lebih lagi pakcik mail tongkeng. Mereka bersetuju menghantar adik adam semula ke seremban.

Abang pemandu pun membawa bas berpatah balik ke seremban. Jauh juga hendak patah balik ke seremban. Apabila sampai di seremban dengan bangganya mereka bersama-sama mengejutkan adik adam sambil merahsiakan kejadian sebenar. "Adik, bas dah sampai seremban. Cepat bangun." Adik adam segera bangun dengan gembira. "Ooo dah sampai ye." Dengan cepatnya adik adam membuka beg galasnya dan mengeluarkan kotak KFCnya.

Semua orang kehairanan. "Adik bukan nak turun seremban ke?"tanya pak cik mail segera. "Tak la saya mau ke KL lepak rumah abg long. Mama pesan bila dah sampai seremban baru saya boley makan bekal ayam KFC ni."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan