Rabu, 27 Julai 2011

MEMAKAI CINCIN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

                  
 Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking


Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.


Jumhur fuqaha' berpendapat ia adalah sunnah Nabi; Imam al Baihaqi dalam al Jami' menjelaskan ia adalah sunnah. Imam az Zuhri meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwa Nabi bersabda,aku diperintah memakai kasut dan cincin (alQadhi dalam kitab libas wal zinah min assunnah hal.172) 

Bahan/logam pembuatan cincin 
Imam al Baihaqi: perak bagi lelaki dan emas bagi wanita. Dalil diharamkan emas bagi lelaki, HR Ibn Abbas meriwayatkan Nabi telah terlihat seorang lelaki memakan cincin mas, baginda mengambilnya dan melemparkannya. (HR Muslim) Logam-logam lain: Ibn Rajab al Hambali; makruh memakai cincin besi, tembaga dan tembaga merah. Harus memasukkan batu permata pada cincin; kecuali batu permata atau seumpamanya yang berkaitan dengan khurafat. 


Hukum membuat tulisan pada cincin. 
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin 


Hukum memakai beberapa bentuk cincin 
Imam al Baihaqi: tidak ada keterangan melarang amalan memakai cincin lebih daripada satu. Ia terpulang kepada adat, tempat dan kumpulan manusia

Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan? 
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan. 

Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan. 

Pada jari manakah lebih afdhal? 
Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir) 


Keutamaan memberi cincin sebagai hadiah 
Ibn Hajar asqalani (al Isti'dad): HR Aisyah menceritakan sebelum Allah memasukkan ahli syurga ke Syurga , Dia mengutus Malaikat yang membawa pakaian dan sesuatu hadiah; ditanyakan apakah hadiah itu. jawab Aisyah: 10 bentuk cincin

Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin) 
Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)

Selasa, 19 Julai 2011

AdAkAh AkU sUdAh BeRsEdiA

Kubur Atok 

Kubur Opah dan Mak sedara

 Kubur Moyang
 Sejak pulang dari membersihkan kubur(seminggu lalu) aku masih terpikir-pikir...Apakah nasib aku dialam sana...Adakah akan baik atau sebaliknya...Apabila petang menjelma aku tedengar pula ceramah agama di radio Perak pukul 6.30 yang bertajuk Penjaga didalam kubur(ye la kot tajuk nie)...Mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu...ALHAMDULILLAH...lalu ustaz di radio pun berkata " Apabila kamu telah masuk ke Alam Kubur 4 perkara yang datang bersama kamu tadi, hanya 1 yang akan kekal bersama kamu...keluarga akan balik,Harta akan balik,Sanak saudara juga akan balik melainkan 1 iaitu Amalan kamu...Dan apabila datang 2 Malaikat iaitu Mungkar dan Nangkir dari atas lalu Solat menghalang laluan Malaikat itu sambil berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...Apabila malaikat datang disebelah kanan pula Puasa menghalang sambil berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...Malaikat datang pula dari sebelah kiri lalu Zakat pula menghalang sambil berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...Malaikat datang pula dari bawah lalu segala Amalan menghalang juga berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...( Nie je sempat aku dengar dan ingat )...
Walaupun penceritaan yang aku sampaikan ini kurang baik sekurang-kurangnya dapatlah diambil sedikit sebagai ilmu untuk bekalan hidup kita nanti...

Jumaat, 1 Julai 2011

SeBaiK-bAiK leLaKi



Terdapat sebuah hadith yang menarik untuk diteliti dan diambil pengajarannya.
Hadith yang berbunyi :

( Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya )

Hadith yang lebih ditujukan kepada kaum adam ini yang tidak begitu diambil berat oleh mereka. Mungkin merasakan sudah cukup perkahwinan itu dengan memberi makan, minum, tempat tinggal dan menanggung zuriat, kemudian meneruskan kehidupan seperti biasa.
Antara sebelum kahwin?ketika kahwin? Dan selepas kahwin? Bagaimanakah sikap lelaki terhadap perempuan?

Seorang pakar motivasi telah memberitahu bahawa ‘cinta’ semata-mata hanya boleh bertahan sekitar 4 hingga 5 tahun sahaja. Kemudian keinginan terhadap pasangan mula luntur. Itu yang paling lama. Perlu diambil perhatian bagi mereka yang bercinta sebelum kahwin kerana tempoh itu terus berjalan. Sesuatu patut dilakukan?

Maka, inilah hikmah hadith tersebut..

Sebelum memahami hadith ini, lihat dahulu satu ayat yang sangat penting dan merupakan sebab utama mengapa Allah menjadikan kepada seseorang itu pasangannya.

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "(Ar-Ruum:21)

Perkahwinan yang dikehendaki oleh Allah adalah satu kehidupan yang membawa kepada kebahagiaan. Mahar, wali, saksi itu semua adalah syarat semata-mata bukannya penerus kepada matlamat. Ia hanya tempoh yang singkat. Bakinya,si suami dan isterilah yang menjadi penerus kepada semua ini. Sebahagian daripada kebahagiaan adalah cinta, namun cinta sesama manusia semata-mata bukanlah suatu yang kekal.

Inilah hikmah yang paling besar pada hadith ini iaitu menjanjikan ganjaran dari sudut akhirat kepada mereka yang sentiasa bersungguh-sungguh berbuat baik kepada pasangannya. Kesungguhan itulah yang menyuburkan cinta walaupun tanpa disedari ataupun tidak seperti cinta diawal-awal dahulu.

Usaha ini menjadikan diri lelaki sebaik-baik manusia. Bahkan pengiktirafan ini adalah daripada Rasulullah.

Tidak cukup sekadar itu, banyak kesimpulan daripada hadith-hadith tentang semua perkara yang membawa kepada hubungan yang baik antara suami isteri dikurniakan pahala hatta di bilik tidur sekali pun. Ini mengejutkan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

“Bagaimana ya Rasulullah jika ini pun diberi dengan pahala sedakah?”

Perumpamaan yang mudah diberikan kepada Nabi s.a.w

“ Jika mereka mendatangi yang haram akan mendapat dosa, maka mendatangi yang halal akan mendatangkan pahala”

Maka, segala yang dilarang sebelum kahwin bukan setakat dihalalkan bahkan diberi pahala yang begitu besar dan digalakkan.

Antara hikmah yang lain, islam mengajar meng’islah’kan manusia bermula daripada sekecil-kecil perkara. Bermula daripada memperbaiki diri sendiri, kemudian membentuk keluarga yang sempurna dan hasilnya secara automatik masyarakat dan negara akan menjadi baik.

Semuanya bermula daripada keluarga

Dan keluarga itu bermula daripada layanan terbaik seorang suami kepada isteri.