-ILMU,AMAL,TAKWA DAN JIHAD-
-PENYULUH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT-
Selasa, 19 Julai 2011
AdAkAh AkU sUdAh BeRsEdiA
Kubur Atok
Kubur Opah dan Mak sedara
Kubur Moyang
Sejak pulang dari membersihkan kubur(seminggu lalu) aku masih terpikir-pikir...Apakah nasib aku dialam sana...Adakah akan baik atau sebaliknya...Apabila petang menjelma aku tedengar pula ceramah agama di radio Perak pukul 6.30 yang bertajuk Penjaga didalam kubur(ye la kot tajuk nie)...Mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu...ALHAMDULILLAH...lalu ustaz di radio pun berkata " Apabila kamu telah masuk ke Alam Kubur 4 perkara yang datang bersama kamu tadi, hanya 1 yang akan kekal bersama kamu...keluarga akan balik,Harta akan balik,Sanak saudara juga akan balik melainkan 1 iaitu Amalan kamu...Dan apabila datang 2 Malaikat iaitu Mungkar dan Nangkir dari atas lalu Solat menghalang laluan Malaikat itu sambil berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...Apabila malaikat datang disebelah kanan pula Puasa menghalang sambil berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...Malaikat datang pula dari sebelah kiri lalu Zakat pula menghalang sambil berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...Malaikat datang pula dari bawah lalu segala Amalan menghalang juga berkata "Tiada laluan untukmu disini wahai Malaikat"...( Nie je sempat aku dengar dan ingat )... Walaupun penceritaan yang aku sampaikan ini kurang baik sekurang-kurangnya dapatlah diambil sedikit sebagai ilmu untuk bekalan hidup kita nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan