Assalamualaikum wbt...
Bila tibanya bulan Ramadhan maka berlumba-lumbalah orang-orang datang ke Masjid... Dari pelusuk kampung,taman-taman serta bandar-bandar penuh berduyun-duyun ke Masjid...SEMBAHYANG SUNAT TARAWIKH katanyer...Ada yang buat 8 ada yang buat 20 serta ditambah 3 solat sunat withir...
Cerita yang hendak disampaikan adalah mengenai sesetengah dari orang2 kita yang sangat rugi bila melepaskan walau serakaat solat sunat tarawikh...Sedangkan solat-solat yang wajib selalu ditinggalkan...WAJIB dan SUNAT adalah 2 perkara berbeza yang patut diteliti mana yang lebih penting untuk dilakukan...Memang tidak dinafikan membuat amalan sunat dibulan yang Mulia ini ganjarannya adalah sama dengan amalan wajib...Bayangkan jika amalan wajib dibuat berganda-ganda lagi pahala...Tapi hanya solat tarawikh menjadi pilihan sedangkan sungguh banyak amalan sunat yang boleh dilakukan dibulan Ramadhan seperti melambatkan bersahur serta mempercepatkan berbuka...Mempercepatkan berbuka bukan bermaksud boleh berbuka selepas Azan zohor atau Asar tapi mempercepatkan berbuka setelah azan Magrib berkumandang...
Bukan salah nak lakukan solat tarawikh tapi janganlah sampai melupakan perkara yang wajib pulak...Kepada yang ada berfikiran begitu berubahlahlah...Jangan la jadi Hamba Ramadhan...iaitu beribadat ketika bulan Ramadhan sahaja...Biar kita buat sedikit-sedikit asalkan berterusan daripada buat banyak-banyak tapi sementara sahaja...Sama-samalah kita teruskan apa yang kita lakukan...Ingatlah MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...Apa pun kita haruslah buat apa yang Wajib dahulu...Jika ada kelapangan barulah kita buat mana yang Sunat...
Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT...Yang tidak baik itu pula atas kesalahan saya sendiri...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan